Friday, July 08, 2005

Fitnah dengan maksud lain

PERKATAAN fitnah yang terdapat di dalam al-Quran merujuk kepada banyak perkara, iaitu fitnah yang membawa kepada 13 makna, di antaranya: syirik/kufur, ujian, dibakar, dosa, kesesatan, gila/lalai, azab, dan banyak lagi. Semuanya membawa maksud malapetaka.

Contoh fitnah dalam bentuk ujian: Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: ``Kami telah beriman'', sedangkan mereka tidak diuji lagi? (al-Ankabut: 2)

Begitu juga ayat 191 dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan, ramai yang terkeliru dengan ayat ini, kata Zahazan Mohamed.

``Sebenarnya ayat ini diturunkan kerana peperangan yang berlaku di dalam bulan haram. Ini kerana semenjak zaman Nabi Ibrahim, tidak dibenarkan berlaku pertumpahan darah pada bulan tersebut.

``Tabiat orang kafir pula dalam memerangi umat Islam, ialah dengan melaksanakan peperangan di dalam bulan yang diharamkan berperang.

``Oleh itu Rasulullah s.a.w. membenarkan ia berlaku di dalam bulan haram, demi mempertahankan diri dan agama.

``Dalam konteks ini fitnah yang dimaksudkan bukan fitnah buhtan tetapi yang dimaksudkan ialah kufur atau syirik.

Sumber: Utusan Online (8 Julai 2005)

No comments: