MENJELASKAN mengapa senario buhtan (fitnah) sukar dibendung sehingga hari ini jelas Zahazan Mohamed, selagi manusia tidak membersihkan diri, selagi itulah ia menular dalam kehidupan masyarakat.
``Kejahatan yang berlaku pada manusia sebenarnya berpunca daripada tujuh sumber atau sebab, iaitu mata, telinga, mulut, hati, perut, kemaluan dan kaki.
``Anggota-anggota ini mampu menjadikan manusia memiliki sifat-sifat bahimiah iaitu sifat kebinatangan, dan kalau terlalu dijaga ia menjadi sifat seperti malaikat.
``Walau bagaimana buruk pun kesan sifat bahimiah yang tidak dikawal, hakikatnya ia perlu ada di dalam diri setiap manusia. Contohnya, untuk keperluan pelbagai jenis nafsu,'' kata Zahazan.
Pun begitu, biarlah sifat bahimiah ini berpada-pada kerana sekiranya tidak dikawal, ia akan menimbulkan satu natijah yang buruk dan teruk.
Oleh itu apabila manusia tidak mendidik diri dengan sifat mahmudah, maka selagi itulah ia akan berlaku.
``Pokok pangkalnya, hati. Manusia kadang-kadang mahukan sesuatu lebih daripada orang lain.
``Contohnya dalam satu jabatan, ia mahu lebih tinggi daripada orang lain. Apabila sifat ini tidak dikawal, ia akan menjadikan kita seorang yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan orang lain.
``Secara tidak langsung juga, sifat ini boleh membawa kepada kejadian buhtan kerana kita menceritakan sesuatu perkara yang tidak benar kepad orang untuk kepentingan peribadi,'' pesan beliau lagi.
Faktor pergaulan juga merupakan perkara penting. Ini kerana pergaulan dengan mereka yang fasiq dan suka mengajak kepada kejahatan, berbanding berkawan dengan orang yang baik akan memberi kesan yang buruk juga secara tidak langsung.
Katanya lagi, kebiasaannya buhtan bermula dengan mengumpat dan seterusnya beralih kepada perbuatan memfitnah.
Jalan terbaik, ialah sepatutnya kita menyediakan benteng di dalam diri, iaitu benteng keimanan yang dapat menjaga diri, mengawal hati daripada terlalu menganggap orang lain rendah, hina atau yang semua bentuk negatif.
Sumber: Utusan Online (8 Julai 2005)
BAJU RAYA
-
*CLEARANCE SALE !!! *
KOLEKSI BAJU RAYA EKSLUSIF DENGAN HARGA BERPATUTAN, KAIN BERKUALITI. SCROLL
SAMPAI HABIS YER..
EMAIL ME @ aera1210@gmail.com
or...
13 years ago
No comments:
Post a Comment