ZAHAZAN Mohamed menyarankan sekiranya mendengar sesuatu fitnah atau buhtan, maka lebih elok mengambil sikap berbaik sangka, berfikiran terbuka dan hanya mengatakan ``ia adalah satu fitnah''.
Apatah lagi, fitnah kini bukan sahaja tersebar melalui mulut ke mulut, bahkan pada zaman yang semakin canggih ini, fitnah boleh berlaku dengan pelbagai cara, misalnya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan internet.
Katanya, langkah terbaik sudah jelas diterangkan dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 20.
``Sebab itulah, kalau kita mendengar perkara-perkara yang berbaur fitnah, beristighfar banyak-banyak dan berusaha supaya tidak terlibat dalam apa cara sekalipun.
``Di samping itu, harus juga yang difitnah itu melakukan muhasabah diri. Ini dijelaskan dalam kisah seorang pemuda bernama Juraij yang diuji dengan fitnah berzina.
``Apabila dikaji dan diamati kisahnya, didapati bahawa beliau telah berdosa kepada ibu kandungnya sehingga ibunya meminta agar Juraij diuji oleh Allah,'' katanya.
Ujar Zahazan lagi, jika dilihat dari sudut sosiologi dan kemasyarakatan pula, nasihat beliau agar orang ramai tidak terlalu melayan perkara sebegini untuk mengelakkannya tersebar lebih luas lagi.
Berlainan sekiranya fitnah tersebut melibatkan tuduhan zina. Dalam hal ini, kita kena mempertahankan diri. Selain mempertahankan diri, cadang Zahazan agar banyak melakukan muhasabah diri serta berusaha mengelakkan berlakunya fitnah.
``Rasulullah s.a.w. pada suatu malam berjalan-jalan dengan isterinya. Baginda terserempak dengan dua orang sahabat. Kemudian Baginda memanggil mereka dan menjelaskan bahawa wanita itu adalah isterinya.
``Iktibar daripada tindakan baginda, ialah apabila kita terasa sesuatu perkara itu boleh menimbulkan fitnah, maka kita harus menyelesaikannya dengan segera.
``Contohnya, kita berjalan dengan kakak kandung yang boleh menimbulkan fitnah kononnya berjalan dengan isteri kedua. Maka kita kena terangkan dengan jelas,'' ujar Zahazan.
Mengenai perbandingan dosa yang dilakukan terhadap sesama manusia dengan dosa terhadap Allah, beliau menjelaskan, terdapat tiga syarat memohon keampunan daripada Allah, iaitu meninggalkan perbuatan itu, berazam tidak akan melakukannya lagi dan menyesal serta insaf. Inilah yang dikatakan taubat nasuha.
Para ulama menfatwakan bahawa sekiranya dosa tersebut berlaku sesama manusia, maka ia melibatkan hak manusia dan patut dikembalikan hak tersebut kepada mereka.
Ertinya, orang yang melakukan dosa terhadap seseorang, harus meminta maaf kepada secara langsung kepadanya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian, iaitu sekiranya dosa tersebut melibatkan fitnah, dan orang yang difitnah tidak mengetahui individu yang menyebarkannya. Ia tidak perlu diberitahu kepadanya.
Imam Ghazali berpandangan, orang yang menabur fitnah tersebut, memadai sekadar berdoa memohon keampunan bagi orang yang difitnah.
Sumber: Utusan Online (8 Julai 2005)
BAJU RAYA
-
*CLEARANCE SALE !!! *
KOLEKSI BAJU RAYA EKSLUSIF DENGAN HARGA BERPATUTAN, KAIN BERKUALITI. SCROLL
SAMPAI HABIS YER..
EMAIL ME @ aera1210@gmail.com
or...
13 years ago
No comments:
Post a Comment