Friday, August 05, 2005

Surah Al-Kautsar

> Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
> diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
> Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan
> indah dan cantik.
>
> Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula
> lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada
> kasturi.
>
> Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
> Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika
> baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi
> iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
> Talib.
>
> Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan
> boleh kita amalkan:-
>
> 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
> mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
>
> 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah
> ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
>
> 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
> bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan
> surah ini sebanyak 10x pada mata.
>
> 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah
> ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada
> kita dimana letaknya sihir itu.
>
> 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan
> bertambah.
>
> 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
> lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
>
> 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
> sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
> kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
>
> Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada
> kekawan, terima kasih.
>
> Insya Allah...

No comments: