Prof Dr Al-Shaikh Yusuf Al-Qaradawi
Fatawa Mu`asirah (Fatwa-fatwa Masakini)
Soalan:
Banyak kedengaran daripada khutbah Jumaat terutamanya pada awal bulan Rejab
mengenai hadis-hadis yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan ini, Allah
janjikan pahala yang besar bagi orang yang berpuasa walaupun sehari di
bulan ini. Antara hadis-hadis itu ialah:
"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku dan bulan
Ramadan adalah bulan umatku."
Apakah pendapat tuan tentang hadis ini. Apakah benar di bulan Rejab
disediakan sesuatu? Apakah hukum orang yang meriwayatkan hadis kepada orang
ramai sedangkan hadis itu palsu semata-mata?
Jawapan:
Tidak benar tentang adanya sesuatu di bulan Rejab melainkan ia hanyalah
salah satu daripada bulan-bulan yang diharamkan yang disebutkan Allah dalam
al-Quran (di antaranya empat bulan haram) iaitu: Rajab, Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram, itulah bulan-bulan yang dimuliakan.
Tidak ada hadis sahih yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab.
Walaupun begitu ada sebuah hadis hasan menceritakan bahawa Nabi s.a.w.
telah berpuasa (di bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Syaaban. BiIa
ditanya, baginda mengatakan: Kerana ia bulan pengampunan di antara bulan
Rejab dan Ramadan.
Daripada hadis ini dapat difahami bahawa bahawa Rejab itu ada kelebihan.
Ada pun hadis "Bulan Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan
umatku" adalah hadis yang sangat mungkar dan daif bahkan Ibn Kathir
mengatakan ia adalab hadis maudu' iaitu ia adalah dusta. Ia tiada nilai
dari segi ilmiah, jua tiada nilai dan segi agama.
Begitu juga hadis-hadis lain yang meriwayatkan tentang kelebihan bulan
Rejab iaitu siapa yang sembahyang demikian baginya pahala demikian, sesiapa
yang minta ampun sekali, baginya pahala bagi amalannya itu... semuanya ini
adalah dusta dan berlebih-lebih.
Di antara tanda-tanda dusta di dalam hadis-hadis ialah ia mengandungi
perkara yang dilebih-lebihkan dan ditambah-tambah sebagaimana kata ulama:
"Sesungguhnya janji dengan pahala besar di atas perkara yang kecil atau
amaran azab yang pedih dengan dosa yang kecil menunjukkan hadis itu dusta."
Sebagaimana yang mereka katakan menerusi lidah Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud:
"Sesuap makanan ke dalam perut orang yang lapar itu lebih baik daripada
membina seribu masjid."
Hadis ini dusta kerana tidak masuk akal sesuap makanan ke perut orang lapar
itu lebih besar pahalanya daripada pahala membina seribu masjid.
Hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan bulan Rejab dan jenis
seperti di atas para ulama hendaklah mengingatkan orang ramai agar
berhati-hati dengan hadis-hadis mauduk (dusta) serta menjauhinya.
Terdapat hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang bercakap dengan hadis yang didapati hadis dusta, maka ia
termasuk di dalam salah seorang mereka yang berdusta." (Muslim)
Tetapi kadang-kadang seseorang itu tidak mengetahui bahawa hadis yang
diceritakan itu dusta. Oleh itu wajiblah dia mengetahui punca datangnya
hadis itu. Hadis-hadis boleh dipegang tentang kesahihannya di mana ada
buku-buku khas yang boleh dirujuk untuk mengetahui hadis-hadis dhaif dan
mauduk seperti buku 'al-Maqasid al-Hasanah' penulisnya al-Sakhawi, 'Tamyiz
al-Tayyib Min al-Khabith Lima Ya Duru Ala al-Sinah AI-nas Min Al-hadith'
penulisnya Ibn Diba', buku 'Kashf Al-Khifa Wa al-Ilbas Fi Ma Isytahara Mm
al-Hadith Ala al-Sinah al-Nas' penulisnya al-'Ajluni.
Banyak lagi buku-buku yang patut diketahui oleh para pembaca khutbah.
Mereka hendaklah mahir dengannya sehinggalah mereka meriwayatkan hadis yang
boleh dipercayai kepada orang ramai. Jika tidak, ia akan merosakkan
pengetahuan Islam kita dengan hadis-hadis yang maudu' dan palsu.
Hadis-hadis ini adalah dusta dan terkeluar daripada agama Islam dan tidak
patut dibiarkan tersebar di dalam khutbah-khutbah, kitab-kitab dan di dalam
perbualan kita sehari-hari.
Oleh itu mestilah kita suci dan bersihkan pengetahuan Islam kita dari
hadis-hadis jenis ini. Sesungguhnya Allah memberi taufik kepada ulama yang
menjelaskan kepada orang ramai tentang yang asal dan yang luar, yang
ditolak dan yang diterima. Hendaklah kita mengambil faedah daripada usaha
mereka ini.
Berpuasa Sunat Di Bulan Rejab
Prof Dr Al-Shaikh Yusuf Al-Qaradawi
Fatawa Mu`asirah (Fatwa-fatwa Masakini)
Soalan:
Saya telah mendengar tuan berbicara tentang bulan Rejab dan mengatakan
bahawa bulan Rejab itu tiada hadis sahih yang datang daripada Rasulullah
s.a.w. Apakah hukum berpuasa di bulan ini, apakah ia sunnah atau bidaah?
Jawapan:
Kami tidak nyatakan tentang puasa di bulan Rejab sebagaimana yang didengar
oleh saudara, tetapi saya katakan bahawa bulan Rejab itu termasuk salah
satu bulan haram.
Berpuasa di bulan haram diterima dan hukumnya sunat. Tetapi Rasulullah
tidak melakukannya (berpuasa) sepanjang bulan itu melainkan bulan Ramadan.
Nabi banyak berpuasa di bulan Syaaban tetapi tidak sepanjang bulan itu.
Inilah sunah Rasul.
Nabi Muhammad s.a.w. berpuasa dan berbuka pada semua bulan sebagaimana
hadisnya:
"Baginda berpuasa sehingga kami katakan ia tidak berbuka dan baginda
berbuka sehingga kami katakan ia tidak berpuasa." (Bukhari)
Ada di kalangan umat Islam yang berpuasa penuh di bulan Rejab, sebagaimana
yang kami lihat di kampung-kampung. Saya melihat setengah orang berpuasa
penuh di bulan Rejab, Syaaban, Ramadan dan enam hari di bulan Syawal dan
mereka namakannya "hari-hari putih". Selepas itu mereka berbuka dan
menjadikan hari kelapan bulan Syawal sebagai hari raya. Mereka jadikan
puasa ini berturut-turut di tiga-tiga bulan dan baki hari di bulan Syawal
tanpa putus (selang) melainkan enam hari raya.
Ini bukannya daripada Nabi s.a.w., bukan daripada sahabat dan salafussalih.
Yang lebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari
dan bukan berterusan.
Sesiapa yang inginkan pahala yang sempurna, maka ikutilah cara Rasulullah
s.a.w. iaitu jangan berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban keseluruhannya.
lnilah yang lebih baik.
BAJU RAYA
-
*CLEARANCE SALE !!! *
KOLEKSI BAJU RAYA EKSLUSIF DENGAN HARGA BERPATUTAN, KAIN BERKUALITI. SCROLL
SAMPAI HABIS YER..
EMAIL ME @ aera1210@gmail.com
or...
13 years ago
No comments:
Post a Comment