Tuesday, August 30, 2005

JADIKANLAH HARI ANDA PENUH DENGAN KEBERKATAN

Besabarlah bila bencana datang menimpa... Nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya.

Cubalah ketika anda mendirikan solat subuh, untuk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri anda ke arah kiblat sepuluh minit atau seperempat jam, kemudian lanjutkan dengan memperbanyakkan zikir dan berdoa.Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan dan keberuntungan.Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Dari Allah lah kebahagiaan dipinta. Dari Allah lah diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. Duduk seperti ini Insyaallah akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan bermanfaat.

Diantara hal yang dianjurkan bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu dari Kitabullah, baik dari kaset mahupun dari radio yang bacaannya didilakukan oleh seorang qari’ yang patuh, khusu’ lagi merdu suaranya. Dia memperdengarkannya kepada anda sebahagian dari ayat-ayat Allah yang ada didalam KitabNya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyu’.

Maka akan menjadi bersihlah hati anda dari kekeruhan , keraguan dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaanya dan lebih lapan dadanya daripada sebelumnya.

Sesungguhnya Kebahagiaan Itu Ada Dalam Diri Anda.Kerana Itu, Sudah Seharusnya Anda Mengerahkan Jerih-Payah Anda Untuk Memperbaiki Diri Sendiri.

Jangan Biarkan Ada Sudut Gelap Dalam Kehidupan Anda Kerana Cahaya Itu Sudah Ada Dan Anda Hanya Perlu Memicit Suisnya Untuk Menyalakannya.

No comments: