Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan
membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak
pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong
diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun
terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak
menentu".
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan
selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini
hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda
selalunya berkat bantuan orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan
sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah
menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya
..sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu
pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal
ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga
anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk
hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai..
saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah
tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit..
makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat
tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api
neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji
kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata
yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana
perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi
sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya
adalah syurga".
Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan
dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan
dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata-
"Pandangan mata selalu menipu..pandangan akal selalu
tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan
hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga
datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya
terang benderang".
Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda-
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon
dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya
selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan
sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat
warak bererti dia tidak dekat dengan
Tuhannya".
Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada
antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka
balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa
balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak
ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil
kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli
dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah
sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang
untuk mengatakan yang hak apabila dia telah
mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda-
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang
solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada
Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa
dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau
kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau
lah yang paling bodoh kerana
tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang
mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang
mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang
mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai
gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah
amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab-
"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang
orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak
dikenal".
Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata-
"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar..
kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun
meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan
Tuhan??".
Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara
yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{tak sudi
mengeluarkan air mata) kesat hati.. panjang angan
angan dan tergoda oleh dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai
Islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu
sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau
sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah..
tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak. Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu
perkataan apa yang telah dapat menyampaikan
hajatmu".
Kata pemikir Islam- "Gunung yang tinggi tidak boleh
menakung air.. tetapi lembah yang rendah boleh menjadi
tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang
meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya..
sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta
meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang
yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman
..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat
ilmu".
Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir
taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh
jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik
lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian
lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan
kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik
dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda-
"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan
terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang
diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya
maka dilupakan akan dosa dosanya".
Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan
kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu
dalam saling kasih mengasihi.. saling cinta menyintai
dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh.
Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh
batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan
menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah
dan indah.
Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan
berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar
ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmah
bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan
gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil
keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam
dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan
satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan
hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini
yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang
mati kerana haus kasih sayang.
"Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan
lebih cergas"
"Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan
kepada orang lain"
"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya
dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".
Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak
kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu
yang kau ingini.
Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati
orang bodoh berada dibelakang lidahnya.
Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang
kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu
yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di
suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi
hubungan denganmu.
Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat
yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang
lain yang berburuk sangka kepadanya.
Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah
dan lembab .tidak
disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim
sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah
yang subur.
Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban
untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan
menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak
membakar dirinya di siang hari.
Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai
nikmatnya.
Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula
dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan
menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan
akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana
merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun
ribuan mata tidak melihatnya...
BAJU RAYA
-
*CLEARANCE SALE !!! *
KOLEKSI BAJU RAYA EKSLUSIF DENGAN HARGA BERPATUTAN, KAIN BERKUALITI. SCROLL
SAMPAI HABIS YER..
EMAIL ME @ aera1210@gmail.com
or...
13 years ago