Wanita itu sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwaseorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu.
Nafsu perempuan yang terlalu berbeza dengan nafsu lelaki, oleh itu kemahuan wanita sering dikongkong oleh nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya sering di dorong oleh nafsu hatinya saja. Nafsu yang sering inginkan perhiasan berlebihan,inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dahsyat sekali.
Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insan yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu. Di kalangan wanita mukmin yang terdidik pun masih terdapat gangguan nafsu yang sukar dikawal, hingga menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk melawan hawa nafsunya.
CARA TERBAIK MELAWAN HAWA NAFSU WANITA
Seorang wanita itu harus tahu akan kelemahan dirinya, agar ia dapat menangani masalah hidup ini dengan baik dan jaya, emosi wanita perlu diselenggarakan agar sikap dan tindakan mereka dapat terkawal dan tersusun serta memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Jalan terbaik adalah setiap wanita itu harus dapat menundukkan emosi dan nafsunya yang sering bergejolak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melewati batas.
Langkah-langkah yang terbaik untuk mengawal nafsu wanita itu adalah:
A) MENUNTUT ILMU
Setiap wanita digalakkan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat. Ilmu itu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu.Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan ke arah mencari iktibar, hikmah serta pengajaran dari Al-Qur'an. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Berfikirlah sesaat, lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk"
Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yan g bermaksud:
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan,maka diberinya faham dalam agama"
B)MENDAPAT BIMBINGAN LELAKI
Mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya, hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami atau anggota masyarakat. Ketika memimpin wanita, seorang lelaki harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita ke arah yang lebih baik dan selamat. Sering mengingatkan mereka tentang keburukan mengikut emosi dan hawa nafsu, jangan biarkan mereka berkhayalan dengan kenikmatan yang tidak memberi faedah pada diri dan orang lain. Kata-kata nasihat adalah diperlukan oleh seorang wanita pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik hiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah"
C) KEMAMPUAN WANITA BERIBADAH
Biarpun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji. Namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah,menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu haid dan nifas, wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya. Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatatmarkah penuh melainkan wanita yang bertakwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.
D) KEMAMPUAN AKAL DAN KEHALUSAN FIKIRAN
Wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. Ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan sering melulu, menghukum, sewaktu ia simpati, terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga di luar garis keadilan. Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah, sedih, dendam, malu, rasa bersalah, kecewa, jemu dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki, kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.
Wallahua'lam...
BAJU RAYA
-
*CLEARANCE SALE !!! *
KOLEKSI BAJU RAYA EKSLUSIF DENGAN HARGA BERPATUTAN, KAIN BERKUALITI. SCROLL
SAMPAI HABIS YER..
EMAIL ME @ aera1210@gmail.com
or...
13 years ago
No comments:
Post a Comment