Thursday, September 15, 2005

ADAB-ADAB SEORANG WANITA MUSLIM

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Allah telah menjadikan pasangan (isteri-isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu isteri-isteri kamu itu, anak-anak serta cucu-cucu yang memberi rezeki dari yang baik-baik"
(An-Nahl:72)

Apa saja yang dijadikan Allah di dunia ini mempunyai sebab dan musabab,maka begitulah juga dengan kelahiran manusia iaitu dengan perkahwinan lelaki dan wanita itulah menjadikan umat di dunia ini berkembang baik.

Tumbuh-tumbuhan tidak henti-henti tumbuh dan berubah, binatang sentiasa berkembang biak, air sungai terus mengalir, air laut tidak berkurangan, ikan di laut semakin banyak dan lain-lain kebesaran dan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah.

Inilah yang dijanjikan oleh Allah bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah dilengkapi dengan rezekinya.

Tugas wanita paling berat ialah dalam membentuk peribadi anak-anak hingga menjadi manusia bernilai tinggi, berbudi, berpengetahuan dan beragama. Ibu adalah guru terawal kepada anak-anak, sebagai seorang wanita dan ibu adalah contoh terbaik kepada anak-anak. Jadilah wanita dan ibu yang baik nescaya masyarakat dan penduduk dunia akan menjadi baik seluruhnya.

ADAB-ADAB SEORANG WANITA MUSLIM

Setiap orang muslim mesti menjaga keperibadian mereka,dan sebagai seorang wanita muslim harus dipelihara dari masa ke semasa.

Ketika berada di rumah hendaklah seorang wanita muslim itu menjaga kehormatannya:

1. menghormati penjaga dan menerima nasihat yg diberi.

2. memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah.

3. menjaga nama baik sebagai seorang wanita dan nama baik penjaganya.

4. melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti mengemas dan memasak.
5. banyakkan solat sunat dan puasa sunat.

6. jadikan Al-Qur'an sebagai hiburan dan menghafaznya.

7. banyakkan mengkaji sejarah wanita-wanita yang solehah.


Perkara yang harus dijaga ketika wanita islam berada di luar rumah:

1. keluar bersama penjaga dan muhrimnya.

2. hiasilah diri dengan sifat malu.

3. hindarkan daripada berbual-bual dengan lelaki.

4. berkata benar apabila bertemu sahabat.

5. jangan bergaul dgn wanita-wanita fasik.menuju ke tempat yang dihajati tanpa menyimpang ke tempat lain.

6. menjaga aurat sepertimana yang dituntut oleh syara'.

7. menjaga maruah sebagai wanita muslim.


Tanda-tanda wanita yang baik maruah dan akhlaknya:

1. tumpukan hati untuk menjaga maruah,berakhlak mulia,menjaga ibadah, memelihara hubungan sesama insan.

2. berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah.

3. sabar menempuh kesusahan (ujian Allah), mengerjakan perintahNya.

4. sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah,tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

5. mentaati suami dan redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan menjaga maruah suami.

6. berakhlak dengan ibu bapa dan memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga ke arah kebaikan dan keredhaan Allah.

7. Menjaga pergaulan sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka. Membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

Wallahua'lam...

No comments: