Friday, September 16, 2005

Malam Nisfu Syaaban

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah!

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk Maghrib), 18 Sept 2005 = (selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban 1426H).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dengan baik & sempurna & seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk Maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam)

Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat :
Rakaat 1 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Surah Al-Fateha & Surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)

i) Selepas Yasin pertama :
Mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALLAH SWT

ii) Selepas Yasin kedua :
Mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALLAH SWT

iii) Selepas Yasin ketiga :
Mohon ditetapkan iman & Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x
Selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)

Abul Khair Al Talaqaani R.A. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH SWT Haramkan tubuhnya dari api neraka & dia akan menjadi teman kpd Nabi ALLAH Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW): pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH SWT Turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang meminta maka Aku Perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku Ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku Terima taubatnya & diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita kan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahualam Bissawab.

~*~ Ramadhan - Do I really miss You ~*~

It's been almost one year we do not meet. It's been one year waiting the moment to meet you. A year when I still remember I prayed to meet you again. A year when I still remember how sad when I left you….

We will meet again after few weeks…. Honestly since I left you, you always in my mind waiting and missing you for every beat of my heart….

I know you are very special, I realize you deserve the best. I should prepare myself best before meet you. I should look beautiful to welcome you… I should prepare my soul, my health, my mind and my mentality to welcome you…I should , take care my eyes, take care my actions, take care my behavior, my attitude, my words… I have to look perfect to welcome you….

Ramadhan oh Ramadhan….

Please don't ask if I do really miss you… I would loudly tell you yes I do miss you greatly… but shame me if you ask me how I prepare to welcome you…

You know…..

I am too busy with this world… sometimes I just do not realize if your coming getting closer…

I know I should prepare my mentality by fast often before your coming… but I forgot to do them…….. often…

I know I should do a lot charities, just like you have taught me last year….but this heart not moving when see beggar around…

Oh I am shame… one year back you left me and you sure I would change become a different person, a compassion one to the poor people, you wish I never leave read the holy Quran [like what you have trained me]… You wish I never belittle the nawafil… and you wish I would doing tahajud….

Oh my dear forgive me….forgive me… but I do really miss you… I am not beautiful enough but I believe with the glory that Allah gives you, you will train me again become a perfect person … I promise when you leave me this year… I will never forget our precious moments… I promise I will change become a better person… and I will always pray for chance to meet you again next year…. I will try to be better person to welcome you and you will proud of me…

I just want to know I do really miss you always…. I do not have words to describe how grateful I am… if Allah gives us chance to meet again…..

Wallahu'alam bishshowab…..

In this holy moon, May Allah Subhanahu wa ta'ala answers for every wishes and forgive our sins…..

Ramadhan is coming….
Perhaps
I have made one's heart in trouble
I have made one's soul tired
I have made one upset

Before step to this month…
Please forgive me…

In this holy month
May all of us have chance to pass this month like a new one
A pure one, gain back to our pure fitrah [like just born]
With the achievement of lailatul qadar…

The heart fills with the spirit of deen for the rest of life….

Ameen

Rytha

11st October 2004

Thursday, September 15, 2005

ADAB-ADAB SEORANG WANITA MUSLIM

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Allah telah menjadikan pasangan (isteri-isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu isteri-isteri kamu itu, anak-anak serta cucu-cucu yang memberi rezeki dari yang baik-baik"
(An-Nahl:72)

Apa saja yang dijadikan Allah di dunia ini mempunyai sebab dan musabab,maka begitulah juga dengan kelahiran manusia iaitu dengan perkahwinan lelaki dan wanita itulah menjadikan umat di dunia ini berkembang baik.

Tumbuh-tumbuhan tidak henti-henti tumbuh dan berubah, binatang sentiasa berkembang biak, air sungai terus mengalir, air laut tidak berkurangan, ikan di laut semakin banyak dan lain-lain kebesaran dan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah.

Inilah yang dijanjikan oleh Allah bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah dilengkapi dengan rezekinya.

Tugas wanita paling berat ialah dalam membentuk peribadi anak-anak hingga menjadi manusia bernilai tinggi, berbudi, berpengetahuan dan beragama. Ibu adalah guru terawal kepada anak-anak, sebagai seorang wanita dan ibu adalah contoh terbaik kepada anak-anak. Jadilah wanita dan ibu yang baik nescaya masyarakat dan penduduk dunia akan menjadi baik seluruhnya.

ADAB-ADAB SEORANG WANITA MUSLIM

Setiap orang muslim mesti menjaga keperibadian mereka,dan sebagai seorang wanita muslim harus dipelihara dari masa ke semasa.

Ketika berada di rumah hendaklah seorang wanita muslim itu menjaga kehormatannya:

1. menghormati penjaga dan menerima nasihat yg diberi.

2. memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah.

3. menjaga nama baik sebagai seorang wanita dan nama baik penjaganya.

4. melatih diri dengan urusan rumahtangga seperti mengemas dan memasak.
5. banyakkan solat sunat dan puasa sunat.

6. jadikan Al-Qur'an sebagai hiburan dan menghafaznya.

7. banyakkan mengkaji sejarah wanita-wanita yang solehah.


Perkara yang harus dijaga ketika wanita islam berada di luar rumah:

1. keluar bersama penjaga dan muhrimnya.

2. hiasilah diri dengan sifat malu.

3. hindarkan daripada berbual-bual dengan lelaki.

4. berkata benar apabila bertemu sahabat.

5. jangan bergaul dgn wanita-wanita fasik.menuju ke tempat yang dihajati tanpa menyimpang ke tempat lain.

6. menjaga aurat sepertimana yang dituntut oleh syara'.

7. menjaga maruah sebagai wanita muslim.


Tanda-tanda wanita yang baik maruah dan akhlaknya:

1. tumpukan hati untuk menjaga maruah,berakhlak mulia,menjaga ibadah, memelihara hubungan sesama insan.

2. berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah.

3. sabar menempuh kesusahan (ujian Allah), mengerjakan perintahNya.

4. sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah,tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah.

5. mentaati suami dan redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan menjaga maruah suami.

6. berakhlak dengan ibu bapa dan memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga ke arah kebaikan dan keredhaan Allah.

7. Menjaga pergaulan sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka. Membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

Wallahua'lam...

KETAHANAN JIWA SEORANG WANITA

Wanita itu sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwaseorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu.

Nafsu perempuan yang terlalu berbeza dengan nafsu lelaki, oleh itu kemahuan wanita sering dikongkong oleh nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya sering di dorong oleh nafsu hatinya saja. Nafsu yang sering inginkan perhiasan berlebihan,inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dahsyat sekali.

Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insan yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu. Di kalangan wanita mukmin yang terdidik pun masih terdapat gangguan nafsu yang sukar dikawal, hingga menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk melawan hawa nafsunya.

CARA TERBAIK MELAWAN HAWA NAFSU WANITA

Seorang wanita itu harus tahu akan kelemahan dirinya, agar ia dapat menangani masalah hidup ini dengan baik dan jaya, emosi wanita perlu diselenggarakan agar sikap dan tindakan mereka dapat terkawal dan tersusun serta memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Jalan terbaik adalah setiap wanita itu harus dapat menundukkan emosi dan nafsunya yang sering bergejolak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melewati batas.

Langkah-langkah yang terbaik untuk mengawal nafsu wanita itu adalah:

A) MENUNTUT ILMU

Setiap wanita digalakkan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat. Ilmu itu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu.Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan ke arah mencari iktibar, hikmah serta pengajaran dari Al-Qur'an. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Berfikirlah sesaat, lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk"

Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yan g bermaksud:

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan,maka diberinya faham dalam agama"

B)MENDAPAT BIMBINGAN LELAKI

Mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya, hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami atau anggota masyarakat. Ketika memimpin wanita, seorang lelaki harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita ke arah yang lebih baik dan selamat. Sering mengingatkan mereka tentang keburukan mengikut emosi dan hawa nafsu, jangan biarkan mereka berkhayalan dengan kenikmatan yang tidak memberi faedah pada diri dan orang lain. Kata-kata nasihat adalah diperlukan oleh seorang wanita pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sebaik-baik hiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah"

C) KEMAMPUAN WANITA BERIBADAH

Biarpun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji. Namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah,menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu haid dan nifas, wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya. Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatatmarkah penuh melainkan wanita yang bertakwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.

D) KEMAMPUAN AKAL DAN KEHALUSAN FIKIRAN

Wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. Ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan sering melulu, menghukum, sewaktu ia simpati, terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga di luar garis keadilan. Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah, sedih, dendam, malu, rasa bersalah, kecewa, jemu dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki, kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.

Wallahua'lam...

Tuesday, September 13, 2005

5 SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN & KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.:

"Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan
kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12).

Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49).

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (Surah Hud 11:9.).

3. Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.

Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.

EMPAT GOLONGAN MANUSIA

Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:

* Orang yang baik, tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
* Orang yang jahat, tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.
* Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
* Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.

Kata pepatah, jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan
ikan dari busuk, maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan. Kita digolongan mana? Jika kita tak boleh berbuat baik dalam masyarakat, janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

Thursday, September 08, 2005

Marah Dan Cara Mengawalnya

Peringatan buat diriku dan jua sahabat2...

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair:

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un." Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : "aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."

Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah.

Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir.

Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak dan angan-angan habis.

Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah berkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Perbanyakkanlah beristighfar itulah senjata orang2 mukmin...

Wassalam.

Stress and Depression - The diseases of our time

The Results of not abiding by the Religion

"But if anyone turns away from My reminder, his life will be a dark and narrow one..." (Qur'an, 20:124)

When Allah desires to guide someone, He expands his breast to Islam. When He desires to misguide someone, He makes his breast narrow and constricted as if he were climbing up into the sky. That is how Allah defiles those who have no faith. (Qur'an, 6:125)

The failure of irreligious people in submitting themselves to Allah causes them to be in a constant state of ill-ease, anxiety and stress. As a consequence, they are afflicted by various psychological illnesses which reveal themselves in their physical selves. Their bodies wear down more quickly, and they age rapidly and degenerate.

However, since believers are psychologically healthy, they do not fall prey to stress, or despondence, and their bodies are ever fit and healthy. The positive effects of their submitting to Allah, their trust in Him and fortitude, looking for the good in all things, and accepting what happens with the hope of His promise, are reflected in their physical selves. This, of course, applies only to those who live by the moral values of the Qur'an, and who truly comprehend the religion. Of course, they may fall ill and eventually grow old, but this natural process does not involve the psychological breakdown it does in others.

Stress and depression, regarded as the diseases of our time, not only cause psychological harm, but also manifests themselves in various physical defects. The common stress and depression-related problems are some forms of mental illness, drug addiction, insomnia, skin, stomach and blood pressure disorders, colds, migraines, a number of bone diseases, kidney imbalances, respiratory difficulties, allergies, heart attacks, and brain swelling. Of course, stress and depression are not the only causes of these, but it has been scientifically proven that the origins of problems such as these are usually psychological.

Stress, which afflicts so many, is a state of mental anxiety caused by such feelings as fear, insecurity, overexcitement, worry and other pressures, that damages the body's equilibrium. When people become victims of stress, their bodies react and sound the alarm, and various biochemical reactions in the body are initiated: The level of adrenaline in the bloodstream rises; energy consumption and bodily reactions reach their maximum levels; sugar, cholesterol and fatty acids are deposited into the bloodstream; blood pressure rises and the pulse accelerates. When glucose is sent to the brain, cholesterol levels rise, and that all spells trouble for the body.

Because chronic stress, in particular, alters the normal functions of the body, it can cause serious harm. Due to stress, adrenalin and cortisol levels in the body rise to abnormal levels. Long-term increases in cortisol levels lead to the premature appearance of disorders such as diabetes, heart disease, high blood pressure, cancer, ulcers, respiratory diseases, eczema and psoriasis. The effects of high cortisol levels may even include the killing off of brain cells. The disorders caused by stress are described as follows in one source:

There is an important relationship between stress and the tension and pain it gives rise to. The tension caused by stress leads to narrowing of the arteries, disruption of the flow of blood to certain regions of the head and a reduction in the amount of blood flowing to that region. If a tissue is deprived of blood this leads directly to pain, because a tense tissue on one side probably requiring greater amounts of blood and on the other side already having insufficient blood supply stimulates special pain receptors. At the same time substances such as adrenaline and norepinephrine, which affect the nervous system during stress, are secreted. These directly or indirectly increase and accelerate the tension in the muscles. Thus pain leads to tension, tension to anxiety, and anxiety intensifies pain.

However, one of the most detrimental effects of stress is heart attacks. Research shows that aggressive, nervous, anxious, impatient, competitive, hostile and irritable people have a much higher incidence of heart attacks than people less inclined to these traits.

The reason for this is that extreme stimulation of the sympathetic nervous system, initiated by the hypothalamus, also causes excessive secretion of insulin, and therefore the accumulation of insulin in the blood. This is a matter of vital importance. Because, none of the conditions that lead to coronary heart disease play such a definitive and harmful role as excess insulin in the blood.

Scientists have recognized that the higher the level of stress, the more the positive effects of the red cells in the blood are weakened. According to an experiment developed by Linda Naylor, head of the Oxford University's technology transfer company, the negative effect of stress levels on the immune system can now be measured.

There is a close relationship between stress and the immune system. Physiological stress has an important effect on the immune system and results in its deterioration. When under stress, the brain increases production of the cortisol hormone in the body, which weakens the immune system. To put it another way, there is a direct relationship between the brain, the immune system and hormones. Experts in the field state:

Studies on psychological or physical stress have revealed that at times of intense stress there is a fall in immunity response linked to the hormonal balance. It is known that the emergence and strength of many illnesses including cancer is linked to stress.

In short, stress harms a human being's natural equilibrium. Constant exposure to this abnormal condition impairs the body's health, and leads to a wide variety of disorders. Experts classify the negative effects of stress on the human body under the following basic categories:

- Anxiety and Panic: A feeling that events are spiralling out of control
- Constantly increasing perspiration
- Voice changes: Stammering, trembling speech
- Hyperactivity: Sudden explosions of energy, weak diabetic control
- Sleeping difficulty: Nightmares
- Skin diseases: Spots, acne, fever, psoriasis and eczema
- Gastrointestinal indications: Indigestion, nausea, ulcers
- Muscular tension: Grinding or locking teeth, aches in the jaw, back, neck and shoulders
- Low intensity infections: Colds etc.
- Migraine
- Palpitations, chest pain, high blood pressure
- Kidney imbalances, holding water
- Respiratory disorders, shortness of breath
- Allergies
- Joint pains
- Dry mouth and throat
- Heart attack
- Weakening of the immune system
- Shrinkage in the brain region
- Feelings of guilt and lack of self-confidence
- Confusion, inability to analyse correctly, poor thinking ability, weak memory
- Extreme pessimism, believing that everything is going badly
- Difficulty in moving or staying still, constant rhythm beating
- Inability to concentrate or difficulty in so doing
- Irritability, extreme sensitivity
- Irrationality
- Feelings of helplessness or hopelessness
- Loss of or increased appetite

The fact that those who fail to abide by religious moral values experience "stress" is revealed by Allah in the Qur'an:

"But if anyone turns away from My reminder, his life will be a dark and narrow one? (Qur'an, 20:124)

In another verse, Allah has revealed that "?the earth became narrow for them, for all its great breadth, and their own selves became constricted for them and they realised that there was no refuge from Allah except in Him? (Qur'an, 9:118)

This "dark and narrow" life, or stress, to give it the current name, is the outcome of non-believers' failure to abide by the moral values imparted by faith. Today, doctors maintain that a calm and self-assured composure are essential for protection from the effects of stress. A calm and peaceful disposition is only possible by living according to the Qur'an. Indeed, it has been revealed in many verses of the Qur'an that Allah imparts "serenity" upon the believers. (Qur'an, 2:248, 9:26, 40, 48:4, 18) Our Lord's promise to the faithful has been revealed as follows:

Anyone who acts rightly, male or female, being a believer, We will give them a good life and We will recompense them according to the best of what they did. (Qur'an, 16:97)

Source: http://www.harunyahya.com/articles/32stress_depression.php