Friday, December 28, 2007

CINTA SANG RATU - Ramlee Awang Murshid

Baru abis baca buku ni...
bestlah... ending dia tu mmg ada sequel lg...
sambungan novel Bagaikan Puteri...
dah jatuh cinta dgn watak Laksama Sunan sejak baca Bagaikan Puteri...
last few days, ternampak novel Cinta Sang Ratu kat Tesco, terus belilah... :)
mmg minatlah karya Ramlee Awang Mursyid...
penulis novel melayu-thriller no. 1 di Malaysia...


Halaman: 572
Harga: RM19.90

Sinopsis: CINTA SANG RATU

ANDA tidak sabar untuk memiliki Cinta Sang Ratu karya Ramlee Awang Murshid? Inilah masanya anda mengunjungi ke kedai-kedai buku atau melanggan terus melalui Unit Langganan untuk mendapatkan novel thriller no. 1 Malaysia ini.

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Segera dapatkannya dan diucapkan Selama Membaca!

2 comments:

Sabiah said...

ya...RAM mmg penulis yg hebat.semua novel dia yg sy baca menarik.
dah beli novel terbaru,ungu karmila?

Twinny Brat said...

indah beul cinta antara Ratna dgn Saifuddin. bahgia jer Saifuddin, tp pns x smpai ke ptg... Bhagia dkeduanya hya smntara..mmg sedih waktu Ratna mati! menangis gakla baca die. Abg Ramlee ni betul2 good dlm genre epik fantasi. setiap kali bc novel A.Ramlee ni mmg mengusik jiwa ni. tersa btul byk dosa1 haha1 apapun, the story mmg interesting!
the very match and beautiful lover are Ratna Sang Ratu dan Saifuddin Laksamana Sunan.