Tuesday, June 05, 2007

Koleksi Karya Faisal Tehrani

Baru beli beberapa buku karya Faisal Tehrani.
Shopping di www.ujanailmu.com.my

1.

Judul : Siri Detektif Indigo - Ikan Fugu, Lukisan & Jimson
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 267
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9676120170
Harga : RM16.00

Mereka kembali!

Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson membawa anda ke lokasi kes forensik di Sungai Congkak; kes kecurian catan di dewan pameran Dubai; dan kes penderaan warga emas hartawan.

Detektif Indigo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pembaca akan teruja dengan setiap kes dan cara penyelesaiannya yang tersendiri.

2.

Judul : Kekasih Sam Po Bo
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Aberdeen Books World
Genre : Kumpulan Cerpen
Mukasurat : 327 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9834215207
Harga : RM28.00

Faisal Tehrani melalui Kekasih Sam Po Bo menggunakan latar sejarah kebudayaan Islam yang merentas sempadan geografi, iaitu kesan kunjungan laksamana Cheng Ho yang beragama Islam yang dikenali sebagai tiga permata kerana tiga pelayarannya yang meninggalkan impak besar terhadap sejarah maritim dan budaya. Cerpen ini bagaikan sebuah retrospektif baharu terhadap teori kedatangan Islam ke alam Melayu dari negeri China. Faisal membawa suatu pengalaman budaya besar (great tradition) di luar lingkungan alam Melayu pada abad ke-15, dengan menampilkan kualiti peradaban Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo.

Pada zaman pemerintahan itu kuasa dan pengaruh Islam begitu kuat di istana. Pemimpinnya terdiri daripada kalangan pemikir yang tawaduk, memiliki teknologi pelayaran yang hebat, segolongan ilmuan dalam pelbagai bidang seperti tipografi, ilmu falak, hafiz al-Quran, lazatih ilmu hadis, perubatan, fikah, tasawuf, dan ahli sejarah - suatu kesepaduan ilmu yang menjadikan umat Islam di sana begitu terbilang. Pelayarannya ke Melaka telah membawa perubahan yang besar terhadap alam Melayu, iaitu membawa agama Islam dan melengkapkan rantau Melayu dengan kualiti ilmu

Cerpen ini digerakkan dengan teknik surat, suatu kaedah yang dilihat konvensional, namun bentuk surat telah dimanipulasikan dengan baik oleh pengarang. Kandungan surat tersebut menampilkan kesan pemikiran yang dibawanya. Saniah menghantar bingkisan kepada Sam Po Bo, memaklumkan bahawa bonda Aminah telah pulang ke Melaka kerana mengelakkan godaan istana, sewaktu pelayaran Sam Po Bo. Dalam bingkisan itu diperlihatkan perwatakan Sam Po Bo, pertemuan dan pengislaman Aminah, dan penghijrahan Aminah ke China, serta segala jasa yang diberikan oleh Sam Po Bo atas bakti yang dicurahkan

Cerpen ini memberikan ruang pemikiran yang perlu ditelusuri. Misalnya ada beberapa penanda yang ikonik tentang isu-isu yang melingkungi milieu dan waktu karya itu dihasilkan. Pertama, soal penjajahan minda di wilayah Melayu, apabila bonda Aminah yang telah lama pulang ke Melaka masih mengajarkan bahasa Mandarin. Secara paradoks pula diperlihatkan kecenderungan menggunakan bahasa Melayu di sekolah bahasa-bahasa asing di Nangking berbanding bahasa Inggeris. Sentuhan ini mengangkat bahasa Melayu sebagai lingua franca perdagangan dan ekonomi. Sikap yang diambil oleh pengarang terhadap isu ini merupakan suatu kritikan terhadap pengikisan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

Kedua dengan memperlihatkan kemajuan ilmu di China ketika itu, terkesan mesejnya bahawa aspek keilmuan yang dicapai hanya disaluti perkembangan fizikal yang harfiah, sedangkan kepentingan ilmu yang sebenar mencakupi nilai peradaban dan kerohanian bagi membina keunggulan perwatakan manusia. Persoalan ini menggambarkan suatu krisis nilai yang terdapat dalam masyarakat pada hari ini yang terkeliru oleh budaya baharu yang mengasak masuk tanpa saringan.

Dalam cerpen ini diperlihatkan keruntuhan peribadi kepemimpinan Islam masa lalu akibat kerasukan pada hiburan. Di sebalik pelukisan itu dapat dikutip mesejnya bahawa pemimpin yang perlu dijadikan teladan ialah pemimpin yang tawaduk, berilmu, memiliki kebijaksanaan dalam ilmu siasah dan berpandangan jauh.

"Kecenderungan Penulis Muda Dalam Cereka", oleh Mohd Hanafi Ibrahim dalam Idealisme Penulis Muda, Pena, 2005.

Kandungan Cerpen

1 Irisan-Irisan Mimpi
2 Cahaya Pada Jiwa
3 Bulan Mengambang Di Langit KL
4 Opah
5 Imam Muhaimin
6 Kekasih Sam Po Bo
7 Syawal Ini Abah Menjadi Manusia Kembali
8 Kucing Gemuk Di Masjid Biru
9 Anak
10 Pemberontakan Kedua
11 Imam Muhaimin Di Kaherah
12 Datang Dari Sukma, Masuk Menyelinap Sukma
13 Ceritera Imam Muhaimin
14 Ratu Kosmetik
15 Cinta Dalam Jambangan Ilalang
16 Ingin Jadi Nasrallah
17 Sahmura Di Tanjung
18 Cik Siti Mustika
19 Sultan Alauddin Belajar Tasawuf
20 Moga Umpama Atturajjah
21 Sastera Perjalanan 1: Merpati Baqi'
22 Korban Yushak
23 Sultan Alauddin Syahid Diracun
24 Di Bawah Batu
25 Cereka Sejarah
25 Setelah Diciptakan Adam...
27 Nenek Negro Di Kota Mekah
28 Bonda Tak Marah Lagi
29 Bulan Sabit Di Chiang Mai
30 Narawastu Amman

3.

Judul : Bila Tuhan Berbicara
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Sdn. Bhd.
Genre : Novel Drama
Mukasurat : 374 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833991235
Harga : RM21.90

Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan yang masih terasa panas darah isteri yang baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda. Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dengan sebuah dunia baru yang diperintah wanita, Paduka Ratu.

Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog dan monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia.

Prosa segar Faisal Tehrani ini harus dimiliki!

1 comment:

Anonymous said...

Morland and her daughter repaired to their http://www.facebook.com toilettes.. This thing, I exclaimed, is a contemptible falsehood--a poor hoax--the lees of the invention of some pitiable penny-a-liner, of some wretched concocter of accidents in http://www.blogger.com Cocaigne.. She caught his fat white hand, which was lying on the table, between her own and lifted it to http://www.google.com her lips.. At midnight they came home delightedly: Polly, as I said, wild to tell me the story of victory; only both the pretty Walton girls said: Cousin Frederic, you did not come near me all the evening.. There was something cosmic about his attitude to life, and this showed in much that he did...