Rupa2nya ada org baru tahu bhw wujudnya seorg penulis yg berhati busuk dan berpenyakit PHD (Perasaan Hasad Dengki)...
Sila kunjungi forum ini:
http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=2343
Harap Janganlah Berperangai Macam Ini!!
-------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum. Kita ni sesama Melayu, sesama Islam. Masing2 ada kerja dan usaha utk cari rezeki. Salah satu usaha & kerja yg kita buat utk mencari rezeki adalah menjual/memberi/berkongsi ilmu dgn cara penulisan membuat buku & majalah. Kita dilarang oleh agama utk bersifat pendengki, hasad, memburukkan org lain dgn tujuan hendak mengaibkan dan menjatuhkan dia supaya usaha kerja kita atau perniagaan kita lebh maju dari org lain.
Apa yg aku nak kongsikan ni, sama-samalah kita fikirkan. Aku dah kongsi benda ni kat sebuah forum yg lain jadi memandangkan kat sini ramai ahli, aku pun nak berkongsi sama2 supaya ia jadi iktibar & pengajaran. Mungkin ada antara kawan2 di sini yg kenal atau tau latar belakang Manusia Melayu ni yg sepenuh masa menulis dan menjual buku karangannya. Siapakah Manusia Melayu itu?
Aku pastekan di sini sebahagian tulisan dari blog dia:
Quote: "Sekarang nilai sendiri -- kalau seekar tanah sesudah melalui masa bernilai RM100,000.00 jika 10 ekar bukankah nilainya RM1 juta? Itu cara yang betul untuk menjadi jutawan -- bukan terpedaya dengan tulisan Dr Chef Biul yang sesedapnya menyebut jual air kacang soya boleh menjadi jutawan, jual di pasar malam boleh jadi jutawan. Dan jangan lupa, setiap bulan kebun yang 10 ekar dan bernilai RM1,000,000.00 itu mengeluarkan hasil berterusan -- ibarat angsa yang menelurkan emas setiap hari. Juga jangan lupa, melalui masa, nilai tanah akan meningkat dari RM1 juta boleh menjadi RM2 juta dan seterusnya. "
Dia memburuk-burukkan saudara Chef Li, penulis buku "Menjejaki Jutawan Senyap". Dia tuduh Chef Li Biol.
Quote: "Saya tak ingat judul bukunya tapi memang layak dibaling ke muka penulisnya. “Bahlul Dari Jupiter” atau, “Penulis Dari Jupiter” agaknya. Dalamnya entah apa-apa. Pelik dan pakai hentam saja. Memang elok sangat dibaca di planet Jupiter, bukan planet bumi. Seorang menulis tanpa kualiti, main hentam saja, penulis-penulis lain yang jujur dan berilmu akan kena tempias. Kalau tahap pembohong tak payahlah menulis buku. Menulis kerja elit, perlu kajian mendalam, bukan main hentam atau ciplak tulisan orang lain (tanpa malu beritahu umum hasil kajian). Saya kenal internet sejak 1997. Sejak dari itu saya tak nampak pun walau hanya seorang yang menjadi jutawan melalui internet. Tiba-tiba ada seorang yang baru kenal internet, emel pun guna hotmail atau yahoo, domain pun tak kenal, hosting pun tak kenal tiba-tiba menulis membohongi masyarakat tentang bagaimana nak menjadi jutawan melalui internet. Ya Allah…. Angka juta ada berapa kosong di belakangnya pun mungkin tak kenal, tiba-tiba memberitahu (membohongi) masyarakat mengajar cara-cara menjadi kaya melalui internet. Pelik tak? Boleh kaya melalui internet? Tak ada cara. Internet sumber pengiklanan, macam media lain. Kita mengiklankan di laman web kita. Kalau orang tak datang ke laman web kita, atau datang pun tak membeli, atau beli tapi tak banyak….. bolehkah kita jadi jutawan? Nak kata bahalul atau biol? Lain kali kalau baru kenal internet, tak payahlah membohongi masyarakat mengajar cara-cara menjadi jutawan melalui internet. Menjijikkan! Lebih jijik lagi disokong oleh “Penulis dari Jupiter”. Sama-sama main hentam….. senalurilah namanya itu. Kalau betul cara nak kaya terlibat dengan internet (terlibat, bukan menjadi kaya melalui internet) buat seperti yang sahabat karib saya lakukan: menyediakan penyelesaian (solution) untuk web. Namanya Fathlulah (Dollah), usianya baru 23 dan masih menuntut tetapi sudah menjadi penyedia datacenter, programming, design laman web, VPN dan sebagainya. Saban tahun jumlah server yang dimilikinya meningkat. Saya tak fikir penulis yang membohong tadi tahu apa itu datacenter, fungsi dan potensi penyedia datacenter. Memang boleh kaya, cuma jutawan itu belum pasti."
Pada perenggan pertama, dia memburuk-burukkan saudara Azizi Ali penulis buku "Jutawan Dari Planet Jupiter". Dia kata Azizi Ali bahalol & pembohong.
Perenggan kedua, dia memburukkan Irfan Khairi walaupun dia tak tulis nama Irfan Khairi, tapi aku faham maksud tulisannya tu ditujukan kepada dia. Ini disebabkan Azizi Ali pernah memberikan testimoni mengenai bisnes internet Irfan Khairi. Jadi, kesimpulannya secara keseluruhan maksudnya dia anggap berniaga di internet atau menjadi usahawan internet adalah pembohongan yg direka, tidak masuk akal dan lekeh.
Dlm blog dia, semua org dianggap bodoh. Sapa yg ada niat nak mati di Mekah, adalah org yg bodoh. Sapa yg percaya dan simpati/sokong Osama Bin Laden adalah org yg bodoh. Sapa yg baca surat khabar, majalah yg dianggap dia sbg pembohong, adalah org yg bodoh. Sapa yg minat dgn kumpulan nasyid Raihan & Hijjaz, adalah org yg bodoh sebab dua kumpulan nasyid ni adalah pembohong besar sama macam Yahudi mabuk.
Kita bukan tak boleh nak mengkritik, tapi biarlah kritikan tu dilakukan dgn berhemah dan membina. Dia ni dahlah memburukkan org lain, buka aib org, lepas tu perlekehkan org, memperbodohkan org di blog dia yg boleh ditonton oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Kan mengaibkan saudara seIslam sendiri tu namanya. Memanglah ada kebebasan menulis apa saja di blog, tapi adakah kita org Islam boleh memburukkan saudara sendiri?
Ini tak lain hanyalah nak melakukan buku tulisan dia tu dgn cara memburukkan buku tulisan org lain. Dan menganggap penulis lain adalah sampah, pembohong, penipu, pembelit dan Yahudi mabuk. Apa ni? macam ni ke org Islam? Ada perasaan hasad dengki dgn usaha org lain. Semua buku yg ditulisnya diterbitkan oleh sykt PTS Pub. iaitu sykt yg sama menerbitkan buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" tulisan team Saifulsham. Ini mesti kes dengki la ni.
Aku harap kepada sesapa yg jadikan bidang penulisan buku/ebook sbg punca rezeki tu, jgnlah ikut perangai Manusia Melayu ni. Aku jadi malu bila baca blog & tulisan2 dia kerana banyak mengutuk, memperlekehkan & memperbodohkan bangsa Melayu dan penulis2 buku Melayu. Apabila membaca blog dia, tulisannya akan membuatkan kita rasa seolah-olah kita ni bodoh, seolah seperti martabat & maruah kita direndahkan oleh dia.
Aku yg memang suka membaca ni, ada jugak baca tulisan penulis2 barat. Tapi, takde la pulak dlm penulisan diorang tu dia menghentam & mengutuk secara terus penulis buku lain. Diorang buat kritikan secara membina, kritikan berlapik dan tertutup. Tak tuju direct maksudnya kepada seseorang penulis itu. Itu bangsa kafir tu, sama2 tulis buku. Tapi ini, penulis Islam mengutuk penulis Islam lain dan menuduh penulis yg saudara seIslamnya itu menipu. Tulis kat blog secara terbuka pulak tu. Jangan macam ni, rezeki masing-masing Allah SWT yg menentukan.
Pesanan terakhir: Maksud hadith dari sahih Bukhari & Muslim: "Barangsiapa yg menyembunyikan aib dan keburukan saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan menyembunyikan aib dan keburukannya di akhirat."
--------------------------------------------------------------------------------
Last edited by zinedine : 01-26-2007 at 12:38 PM.
Friday, February 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Perihal penulis berhati busuk lg...
http://muslimkaya.blogspot.com/2007/03/pemusnah-ekonomi-umat-islam.html
http://www.bicarajutawan.com/forum/index.php?topic=2374.msg20129
Situs pertemanan makin banyak bertebaran di internet. Dari sekian banyak nama, friendster, adalah satu nama yang paling populer. Sebab, dari situs ini, kita bisa banyak mendapat teman, dan bahkan mencari teman yang sudah lama tidak berhubungan dengan kita. Situs pertemanan, bagi sebagian orang memang telah menjadi semacam media yang sangat menyenangkan. Selain bertemu teman, berkenalan, hingga saling mengirimkan undangan pertemuan, menjadikan media ini bukan sebatas media maya belaka.
Nah, bagi yang mempunyai hobi sama, situs pertemanan bisa jadi juga memberi kemudahan untuk saling bertukar informasi, Salah satu situs petemanan khusus satu hobi ini bisa ditemui di Penulis-Indonesia.com. Seperti namanya, situs pertemanan ini memang hendak mengumpulkan jaringan para penulis di seluruh Indonesia yang tersebar di berbagai penjuru dunia.
Menulis, belakangan memang menjadi sebuah fenomena yang makin berkembang di Indonesia. Makin banyak bermunculan penulis berbakat di tanah air yang tak hanya berbicara di tingkat lokal. Sebab, ada pula yang telah berhasil di ranah internasional. Hebatnya lagi, penulis di Indonesia itu sangat variatif usia pegiatnya, dari anak kecil hingga usia dewasa.
Dengan situs pertemanan Penulis-Indonesia.com, para penulis ini hendak dikumpulkan dalam satu wadah pertemanan untuk saling dukung, saling dorong, saling bina, saling bantu, hingga suatu saat nanti, akan makin banyak penulis berkelas internasional di Indonesia. Tentunya, harapan ini bukan harapan kosong belaka. Sebab, hanya dengan kekuatan pertemanan dan relasi, kita bisa saling bantu menumbuhkembangkan dunia kepenulisan ini. Jadi, siap bergabung di PenulisIndonesia.com?
tapi irfan khairi tu pun mmg pembohong besar. celaka haram jadah. title Dr. phd main letak sendiri. sekolah bangang, mengaku Dr. plak..
Post a Comment